Elearning – Kelas Mewarna Online

30 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2019 (Jumaat), telah berlangsungnya kelas mewarna secara online di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 9 orang peserta telah menyertai kelas elearning ini yang diadakan selama 3 jam bermula jam 02.30 petang – 05.30 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta sempena cuti persekolahan. Selain itu, para peserta dapat menunjukkan kreativiti mereka menggunakan gabungan warna yang disediakan di website hellokids.com. Mereka juga didedahkan bagaimana untuk melakar sendiri lukisan yang dikehendaki menggunakan gambar-gambar yang sedia ada di laman web tersebut. Aktiviti ini juga bertujuan untuk melatih para peserta menggunakan peralatan asas komputer seperti papan kekunci & tetikus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali